Perjuangan Bahasa
June 1, 2008 by Fadzuli
Once a while I will be posting in Malay so to allow me to be well verse in Malay too..Insyallah
Walaupun sudah pun tidak bersekolah lagi tetapi saya masih hubungi Persatuan Bahasa Melayu Universiti Singapura ataupun lebih dikenali sebagai NUS “Malay Language Society”. Saya juga masih seorang akitivis Bahasa jika anda tidak tahu. Walaupun saya ni tidak seberapa mahir dalam Bahasa, tetapi perjuagan saya adalah melalui, “Akudeta”.
Akudeta adalah sebuah lelaman yang dimulakan oleh saya dan rakan-rakan sebaya ketika di sekolah dahulu. Pada masa saya ini, saya adalah “Penasihat & Pereka Lelaman” untuk Akudeta.

Sejak ia dilahirkan dahulu, tujuannya untuk memastikan bahawa penuntut di Universiti Kebangsaan Singapura ada bahan Bahasa Melayu hendak dibaca. Hampir hari-hari kami bertutur dalam Bahasa Inggeris di sekolah dan tiada relevannya hendak bertutur atau menulis dalam Bahasa Melayu. Sungguh sedihkan.
Kini “Akudeta” bukan hanya untuk penuntut sahaja, ia juga untuk masyarakat umum. Jadi janganlah malu hendak ke lelaman www.akudeta.com.
Pada isu terbaru ini, ia mentemakan “Warna”. Sila baca topik-topik yang ditulis oleh para Pelajar dari Universiti Kebangsaan Singapura.
- Obsessi masyarakat Melayu dengan ilmu hitam
- Usaha menghijaukan kampus
- Keputihan yang hitam
- Dinamiknya Bahasa Melayu kita
- Makanan dan Warna
Sekiranya ada salah dan silap dengan Bahasa saya, sila tolong betulkan melalu komen-komen di bawah. Terima Kasih.
Sekiranya anda juga Guru Bahasa yang ingin “contribute” artikel-artikel anda, sila hubungi Editor Akudeta melalui editor@akudeta.com.




MasyaAllah, it’s easy to be bilingual, but another story altogether to be effectively bilingual. Two thumbs up for this article.
yeah I’ll do my best!!