Blogging for Success

This is last Saturdays post in Berita Harian
By Norhaiza Hashim
MENULIS dalam blog merupakan satu kegiatan yang sering dilakukan oleh terutamanya golongan belia ketika ini untuk mencatatkan diari kehidupan mereka.
Namun, tahukah anda bahawa blog, yang merupakan jurnal dalam Internet, dapat menjadi wadah bagi kita menjana pendapatan sampingan?
Untuk mengetahui cara menghasilkan dan menjana pendapatan menerusi blog, sertai satu bengkel yang akan diadakan pada 25 Mei ini.
Bengkel interaktif itu akan dikendalikan oleh seorang anggota Kelab Ekoniaga (KE) Berita Harian (BH) yang juga pakar Internet, Encik Fadzuli Wahab.
Encik Fadzuli, 25 tahun, yang juga pemilik gerbang Internet IslamicEvents.sg, akan mengajar peserta cara menghasilkan blog, memasarkan blog dan menjana pendapatan melalui blog.
Blog merupakan wadah pertama bagi mempelajari cara mewujudkan laman web sendiri kerana peserta akan mempelajari cara menulis dan memasukkan gambar dalam blog itu.
Menurut Encik Fadzuli, beliau sendiri menggunakan blog sebagai cara memasarkan produk yang dijualnya iaitu sabun sertu.
‘Saya akan mengajar cara memanfaatkan blog kita sebagai saluran bagi memasarkan produk yang kita jual.
‘Bagi saya, saya mendapat banyak tempahan setelah orang ramai membaca blog saya.
‘Selain itu, saya akan mengajar cara kita meraih pendapatan pasif menerusi pemasaran bersekutu (affiliate marketing) dan Google AdSense,’ jelasnya.
Encik Fadzuli menggalak ibu bapa menghadiri bengkel itu dengan anak mereka (sekurang-kurangnya menengah satu ke atas) bagi memudahkan ibu bapa memahami bengkel itu sepenuhnya.
Bengkel itu akan diadakan dari 9 pagi hingga 6 petang di Kelab Masyarakat Kampong Chai Chee di Bedok.
Peserta akan juga menerima manual dan tip-tip berguna.
Yuran bengkel ialah $250 untuk dua orang.
Untuk menyertainya, sila hubungi Encik Fadzuli di 9452-0491 atau Azie di 9220- 0360 atau lungsuri www.jutawaninternet.org.
Here’s a map to Kampong Chai Chee CC

You can also drop me an email if you are interested!!
Related Articles
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.






Comments
No comments yet.
Leave a comment