Fadzuli.com
  • Facebook
  • Twitter
  • Rss
  • Home
  • About Me
  • Blog
  • Courses & Events
  • Money Makers
  • Daily/Weekly Facebook Tips
Home» Features » Wakili negara ke program usahawan AS

Wakili negara ke program usahawan AS

Posted on September 16, 2011 by Fadzuli in Features, The US Trip. No Comments

Extracted from Cyberita

Undangan beri peluang perluas rangkaian dengan peniaga muda serata dunia

Oleh
Nur’ Adilah Mahbob
SEORANG usahawan setempat, Encik Fadzuli Wahab, telah diundang pemerintah Amerika Syarikat untuk mewakili Singapura dalam sebuah program keusahawanan di negara tersebut.

Semasa di sana, Encik Fadzuli, 29 tahun, berpeluang berkongsi pengalaman, membina rangkaian bersama usahawan muda dari serata dunia, serta bertemu ahli perniagaan, pegawai pemerintah serta pemimpin masyarakat sivil Amerika.

Encik Fadzuli, yang memulakan gerbang dalam talian IslamicEvents.sg, pernah dinamakan akhbar ini sebagai antara 50 individu yang dijangka mewarnai 2011.

Beliau akan terbang ke Amerika pada 24 September ini untuk melawat empat kota – Washington DC, Phoenix, San Francisco dan New York – selama tiga minggu bagi program tersebut.

Program Keusahawanan dan Inovasi Perniagaan itu adalah sebuah program di bawah Jabatan Negara Amerika.

Inisiatif tersebut telah diumumkan Presiden Amerika, Encik Barack Obama, di Persidangan Presiden mengenai Keusahawanan pada 2010, yang bertujuan memupuk jalinan antara pemimpin perniagaan dan usahawanan di Amerika dengan masyarakat Islam sedunia.

Menerusi program itu, Encik Fadzuli bakal bertemu dengan sekitar 30 wakil di serata dunia, termasuk Argentina, United Kingdom, Kazakhstan dan Indonesia.

Program tersebut akan turut memuatkan pelbagai sesi seminar, ceramah, bengkel dan sebagainya.

Dihubungi Berita Harian (BH), Encik Fadzuli berkata beliau harap dapat memperluaskan lagi rangkaian kerjanya menerusi program tersebut.

‘Saya juga ingin mencari idea-idea baru serta meninjau peluang perniagaan dan kerjasama luar negara,’ ujarnya.

Pada masa yang sama, beliau juga berharap dapat berkongsi pengalamannya memulakan perniagaan di Singapura serta cabaran-cabaran yang dihadapinya.

Menurut Encik Fadzuli lagi, beliau telah menghadiri satu interviu di Kedutaan Amerika pada Mac lalu sebelum akhirnya disahkan akan menyertai program itu Julai lalu.

Beliau juga harus memenuhi kriteria bagi program tersebut, antara lain peserta program harus berusia 45 tahun ke bawah dan mempunyai perniagaan yang usianya sekurang-kurangnya dua tahun.

Pada 2007, Encik Fadzuli bersama dua rakan niaga lain – Encik Fazli Mansor dan Encik Luqman Hakim Abdul Hadi – telah membangunkan laman web IslamicEvents.sg yang menyenaraikan pelbagai kegiatan dan kelas agama di serata Singapura.

Encik Fadzuli memiliki Diploma dalam Infokom Berbilang Media dari Politeknik Nanyang.

Pada Julai lalu pula, sembilan pemimpin badan Melayu/Islam telah diundang pemerintah Amerika menyertai satu lawatan ke negara itu di bawah program ‘Tetamu Sukarela’ (Volunteer Visitor atau Volvis) yang bertujuan memberi pendedahan dan kefahaman kepada pemimpin Melayu setempat dengan lebih mendalam tentang landskap agama di negara itu.

Comments

comments

america, amerika syarikat, berita harian, embassy, wakil

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Training Room for Rent

Freshbooks

FreshBooks

Sponsored Ads

fadzuli's Profile on Ping.sg 

Appearence in JUS

secretsnow

Recent Posts

  • Ultimately We Are Here to Please Allah swt

    May 2, 2013
  • Facebook Action Series Course Postponed

    March 26, 2013
  • Our First Fire Sale

    March 8, 2013
  • Facebook Marketing Tips: Viral Contents

    March 4, 2013

    Events/Courses

    • Facebook Action Series Batch 5

      March 1, 2013
    • Facebook Action Series ( Batch 4 ) – Previews

      December 28, 2012
    • Build a Website in 2 days – 2nd & 3rd of February 2013

      December 27, 2012
    • Basic Internet Business Workshop – 5th January 2013 / 2nd February 2013

      December 27, 2012

      My Businesses

      • Islamicevents.sg
      • ISLAMICSG NETWORKS
      • Sabun Sertu

      Get in Touch

      FADZULI.COM
      Biz Registered: 53164476J
      Tel: +65 94520491
      Email: info@fadzuli.com
      Address: 45 Bussorah Street Singapore 199463

      (c) 2009-2012 Fadzuli.com . Address: 45 Bussorah Street Singapore 199463. Contact: +65 9452 0491. Email: info@fadzuli.com