Site Meter


Polling day


Article dari Berita Harian…courtesy of Nazri Hadi (BH) and Rab

CALON PILIHAN SUDAH JELAS SELEPAS IKUTI KEMPEN

Golongan muda merupakan harapan masa depan negara. Dalam pilihan raya ini, kebanyakan mereka akan mengundi untuk kali pertama, justeru memberi peluang bagi mereka menentukan masa depan mereka sendiri. Nazri Hadi Saparin menemu ramah dua pengundi dalam golongan itu.

HARI ini Encik Fadzuli Wahab melangkah masuk ke pusat mengundi dengan fikiran yang jelas mengenai calon-calon pilihannya.

Ini selepas beliau tekun mengikuti perkembangan dan pergolakan kempen pilihan raya yang dijalankan parti-parti yang bertanding sejak sembilan hari lalu.

Meskipun terkilan tidak sempat menghadiri rapat pilihan raya kerana peperiksaan, Encik Fadzuli, 24 tahun, memastikan beliau membaca setiap laporan media mengenai kempen bagi GRC Tampines.

‘Setiap hari saya pastikan saya ikuti perkembangan pilihan raya ini dengan menonton berita di televisyen dan membaca Berita Harian.

‘Saya beri tumpuan kepada isu-isu di peringkat nasional dan juga yang menjejas GRC Tampines. Tapi saya agak kecewa sedikit kerana buat beberapa hari, isu James Gomez bagai mendominasi kempen pilihan raya,’ kata penduduk Tampines itu.

GRC Tampines menyaksikan pertandingan antara pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) pimpinan Menteri Pembangunan Negara, Encik Mah Bow Tan, dengan Perikatan Demokratik Singapura (SDA).

Mengenai isu-isu pilihan raya, mahasiswa Universiti Nasional Singapura (NUS) itu bersetuju dengan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, bahawa pilihan raya ini penting kerana ia bakal menentukan masa depan negara.

Namun, isu Encik Gomez, calon Parti Pekerja (WP), mengalih fokus daripada isu-isu lebih penting seperti pekerjaan, menggalak keusahawanan dan ekonomi.

‘Bagi mahasiswa seperti saya, tentu sekali saya prihatin tentang saranan dan rancangan untuk merangsang pasaran pekerjaan dan memajukan ekonomi negara.

‘Saya juga bercita-cita menceburkan diri dalam perniagaan. Justeru, isu menggalak semangat keusahawanan juga menjadi tumpuan saya,’ ujarnya.

Ditanya tentang SDA, Encik Fadzuli berkata beliau tertarik dengan rancangan parti itu untuk menubuhkan pusat keusahawanan dan menjadikan Tampines ‘Suntec City Kedua’ Singapura.

Namun, beliau meragui kebolehan mereka.

‘Ada idea-idea mereka yang menarik, tapi sama ada mereka mampu melaksanakannya masih menjadi tanda tanya,’ ujarnya.

————————————————————————————-

How often do you get interviewed right hehe…something to remember..Elections 2006..

Mission: I enable others to discover purpose in their lives and empower them to pursue their dreams and live life to the fullest..

Name:
Email:


http://www.affiliatepayload.com/images/box1.jpg




Related Articles

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

No comments yet.

Leave a comment

(required)

(required)